pray 4 mh370

NOVEL : DI SISIMU AKU by FATIN NABILA

SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.



Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal. 

Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!



*coming soon nak beli novel ni lak..jalan cerita mungkin sama dengan novel Hati kala cinta..tapi gaya penulisan mesti lain kan? apa-apapun nida cuba dapatkan novel ni... hehe...(beli novel satu perangai yang tak mungkin diubah wat masa sekarang..ngeee)

No comments:

Post a Comment